Sumbangan Derma Bagi Menyiapkan Bangunan Masjid


Kompleks Masjid Al Hikmah & Pusat Dakwah Islamiyyah menyeru kaum muslimin & muslimat menyahut seruan kami dengan memberi Lot Wakaf Tanah & Bangunan seluas SEJADAH atau LIANG KUBUR :

Anda boleh membuat pilihan berikut :

1. RM 150,00 = 1 kaki persegi

2. RM 100,00 = 2/3 kaki persegi

3. RM 50,00 = 1/3 kaki persegi

4. RM 25,00 = 1/4 kaki persegi


*Untuk Sebarang pertayaan sila hubungi :

-Ust. Wan Zainuddin Hj. Wan Yusuff
(Pengerusi Dana ) 012 988 2553

-Hj. Wan Hashim Wan Abdullah
(Bendahari) 013 996 0464

PERHATIAN :

Sumbangan ZAKAT dialu-alukan. Resit PELEPASAN CUKAI akan dikeluarkan, jika diperlukan.

AKTIVITI MASJID

Kuliah Tafsir setiap hari Jumaat,
masa: 08.30pg – 10.00pg,
oleh : Yang berhormat Ust.Muhamad b Mustapha.

Kuliah Aqidah dan Tasawuf setiap hari sabtu,
masa : selepas solat Magrib,
oleh : Ust. Wan Hassan b Wan Muhammad.

Kelas bahasa Arab setiap hari Ahad dan Selasa,
masa : 08.30 mlm – 10.00mlm,
oleh : Ust.Ghazali b Solleh.

Kelas Al-Quran & Lungatul Quran
setiap hari Sabtu,
masa : 09.00pg – 12.00tgh,
oleh : Ust. Wan Hassan b Wan Muhammad.

Pekej Musafir dan Pemantapan Shahsiah, keistimewaan dan
kemudahan :
Dewan Solat , Dewan Kuliah, Kembara Rohani dan
Distinasi Masjid YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abd.Aziz Nik Mat,
Perkampungan Tok Sehor Tumpat, Tok Kenali Kubang
Kerian, Pondok Pasir Tumboh,

Kuliah Tafsir oleh : Yang berhormat Ust.Muhamad b
Mustapha dan Kuliah Aqidah dan Tasawuf Ust. Wan
Hassan b Wan Muhammad.

Monday, December 14, 2009

KEUNGGULAN PERANAN MASJID DI SEPANJANG ZAMAN

0
Istilah "Masjid" berasal daripada perkataan arab "masjid" atau "masjad". Dari segi bahasa ia bererti tempat sujud. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunakan sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat. Kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat itu ialah sujud.


Sujud bererti patuh dalam kategori nya yang tinggi sampai kepada tahap pengabdian. Kerana itulah "solat" disebut sebagai ibadat, iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada Allah. Maka nya masjid itu memberi erti tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah. Dalam pengertian lain, masjid adalah lambing kepada kepatuhan dan pengabdian umat Islam kepada Allah s.w.

Satu nama lain bagi masjid ialah "Baitullah". Dari segi bahasa ia bererti rumah Allah. Bagaimana pun penggunaan istilah ini tidak secara hakiki. Kerana Allah tidak memerlukan, malah tidak boleh dikaitkan dengan rumah. Dalam Islam, ungkapan "Allah" dalam konteks seperti ini biasa dimaksudkan dengan "Masyarakat". Jadi nya yang dimaksudkan dengan "Rumah Allah" atau "Baitullah" itu ialah "Rumah masyarakat", atau dalam istilah yang lebih semasa "Pusat komuniti"

Latar Belakang:

Bagi mengenali fungsi atau peranan masjid dalam Islam elok sekali ditinjau sedikit sebanyak tentang latar belakang pembinaan masjid itu sendiri dalam sejarah nya yang lama. Sehubungan dengan ini tiga masjid paling utama dalam Islam perlu diperkenalkan.

Ketiga-tiga masjid tersebut ialah Masjid al-Haram di Mekah, Masjid al-Aqsa di Baitul-Maqdis, dan Masjid Nabawi di Madinah.

Masjid al-Haram di Mekah juga masyhur dengan nama Baitullah al-Haram. Ia merupakan masjid yang paling awal sekali dalam sejarah manusia. Tujuan ia dibina ialah untuk menjadi pusat tumpuan manusia diseluruh dunia. Bagi memenuhi tujuan atau objektif tersebut ibadat haji disyariatkan. Bagi menjamin kejayaan ibadat haji Masjid al-Haram dan sekitarnya diisytiharkan sebagai kewasan kawalan (al-Haram). Konsep nya jangan ada sebarang kekacauan di situ supaya orang yang datang untuk mengerjakan haji tidak terganggu. Malah, kalau terjadi juga gangguan, para pengunjung yang terganggu itu tidak seharus nya melahirkan reaksi yang berlebihan.

Di bawah Syariat Nabi Muhammad s.a.w., ka'bah yang merupakan sebahagian daripada Masjid al-Haram ini dijadikan kiblat. Secara mudah, kiblat bererti lambang kesatuan ummah. Ini bererti, Masjid al-Haram dengan ka'bah nya merupaka lambang kesatuan umat Islam dan pusat tumpuan mereka dalam merialisasikan penghayatan kepada lambing berkenaan.

Masjid al-Aqsa yang terbina di Baitul Maqdis disifatkan oleh al-Quran sebagai dikelilingi oleh daerah-daerah yang diberkati oleh Allah. Daerah-daerah berkenaan merupakan pusat pertumbuhan tamadun, kerana di situ merupakan tempat kelahiran para nabi.

Masjid ini merupakan masjid yang kedua terbina, iaitu selepas Baiutlah al-Haram. Ia merupakan distinasi isra` dan tempat bermulanya perjalanan mi'raj Rasulullah s.a.w. ke langit. Masjid ini juga merupakan kiblat pertama umat Islam sebnelum ia nya dipindahkan ke ka抌ah, iaitu selama enam belas bulan.

Masjid Nabawi di Madinah pula merupakan masjid yang ketiga terbina, iaitu selepas masjid al-Haram dan masjid al-aqsa. Pembinaanya berlaku sebaik sahaja Rasulullah s.a.w. berpindah ke Madinah. Masjid ini merupakan lambang perjuangan menegakkan masyarakat dan Negara Islam.

Berasaskan kepada tradisi masjid-masjid inilah maka kemudiannya terbina masjid-masjid yang begitu banyak sekali bilangannya dalam sejarah Islam. Tujuannya ialah untuk menjadi pusat ibadat dan pusat perkembangan masyarakat. Kerana itu adalah menjadi amalan biasa dalam sejarah tamadun Islam, apabila sesuatu kawasan itu mahu dijadikan sebagai kawasan berpendudukan bangunan yang paling awal sekali dibina ialah masjid.

Peranan Masjid:

Berasaskan kepada huraian di atas, jelas sekali bahawa "masjid" berperanan sebagai pusat komuniti di mana masyarakat berkumpul bagi tujuan ibadat, iaitu pengabdian kepada Allah s.w. Bagi tujuan tersebut, berbagai-bagai program sentiasa diadakan . Dalam satu istilah, program-program ini biasa disebut sebagai "ta'mir" yang bermaksud "pengisian", iaitu mengisi wadah berkenaan dengan berbagai aktiviti yang boleh menjayakan fungsi nya yang telah ditetapkan.

Istilah "ta'mir" ini mempunyai konsep yang luas, seluas konsep ibadat itu sendiri. Ada yang bersifat tetap dalam keadaan mana sekalipun dan ada yang berubaha-ubah mengikut keperluan semasa. Antara program tetap ialah bersolat secara berkumpulan. Program seperti ini ada yang bersifat harian, iaitu solat jamaah� lima waktu sehari, ada yang bersifat mingguan, iaitu solat jumaat sekali seminggu, dan ada pula yang bersifat tahunan, iaitu 搒olat jami抋h� seperti 搒olat hari raya� secara beramai-ramai sebanyak dua kali setahun.

Dalam program harian kumpulan berkenaan bersaiz lebih kecil, iaitu merangkumi mereka yang tinggal bersekitaran. Kerana itu istilah yang digunakan ialah 搄ama抋h�,yang bermaksud kumpulan kecil. Paling minimum dua orang dan boleh berlaku secara kumpulan demi kumpulan. Bagi menampung keperluan aktiviti seperti ini rangkaian sokongan ditubuhkan dalam bentuk 搒urau�, 搈adrasah�, 搈usalla� dan sebagainya, iaitu unit 杣nit sokongan masjid yang paling kecil. Malah di mana-mana sahaja perkumpulan seperti ini boleh berlaku; dirumah, diperjalanan, ditempat kerja dan sebagainya.

Dalam program mingguan, saiz nya menjadi lebih besar, sebab itu diistilahkan subagai 搄um抋t�,iaitu kumpulan yang lebih besar dan komprehensif. Ia merangkumi para penduduk atau komuniti penempatan (mukim) yang lebih besar. Bilangan paling maksimum ialah 40 orang (mazhab al-Syafi抜) yang memenuhi syarat tertentu, dan hanya boleh berlaku dalam satu kumpulan sahaja dalam mukim berkenaan. Dalam perhimpunan yang melibatkan keseluruhan penduduk mukim ini Khutbah menjadi satu syarat. Konsep nya ialah penggarapan isu atau arahan mingguan oleh para pemimpin yang diberi gelaran sebagai 揑mam�.

Dalam program tahunan saiz nya menjadi lebih besar lagi, sebab itu diistilahkan sebagai 揓ami抋h�, iaitu kumpulan yang benar-benar komprehensif, atau juga boleh disebut secara mudah sebagai 損erhimpunan agong�. Dalam kumpulan yang paling besar ini tiada pra syarat yang dikenakan. Bagaimana pun khutbah juga menjadi keperluan. Konsep nya ialah penggarapan isu atau arahan tahunan oleh para pemimpin yang diberi gelaran sebagai 揑mam�.

Sementara program-program yang berubah-ubah pula ialah apa saja program yang ditentukan dari masa kesaemasa oleh para penguasa masjid berkenaan. Secara umum nya ia merupakan usaha untuk menjadikan masjid berkenaan berfungsi dengan baik mengikut peranan sebagaim,ana yang tersebut di atas.

Masjid Sebagai Pusat Ibadat


Nyatalah bahawa masjid itu berperanan sebagai pusat ibadat. Bagaimana pun, ibadat itu konsep nya luas sekali, sama luasnya dengan ruang hidup manusia itu sendiri. Kerana itulah Allah s.w. menegaskan dalam al-Quran bahawa objektif penciptaan manusia ialah ibadah dan manusia tidak disuruh kecuali melakukan ibadah dengan secara ikhlas dan penuh pengabdian.

Ini bererti bahawa masjid boleh menerima apa saja program yang bertujuan baik bagi faedah umat manusia, asalkan saja bertujuan untuk merialisasikan kepatuhan kepada Allah s.w.
Sebagai pusat ibadat, masjid perlu bersih daripada sebarang kekotoran, baik yang bersifat fizikal (hissi) mau pun yang bersifat moral (ma抧awi). Kerana kebersihan merupakan salah satu keperluan dalam melakukan ibadat. Mengambil contuh solat, misal nya, kebersihan secara fizikal ialah orang yang mahu melakukan solat itu tidak boleh menanggong sebarang kekotoran, seperti najis dan sebagai nya. Sementara kebersihan secara moral pula ialah dia perlu bersih daripada hadas kecil dan hadas besar.

Kebersihan secara fizikal bagi sesebuah masjid itu lebih senang difahami dan direalisasikan. Begitu pun ia sentiasa tertakluk kepada pentafsiran yang berbeza-baza mengikut piawaian atau standard yang digunakan oleh orang yang berbeza. Berbeza dengan kebersihan moral atau spiritual yang tergolong dalam istilah ma抧awi sepertimana yang tersebut di atas. Sifat nya lebih abstrak dan lebih sukar samada untuk difahami atau direalisasikan. Antara contoh kebersihan secara ma抧awi ini ialah masjid perlu bersih daripada sebarang idea kotor yang bertentangan dengan semangat kesucian agama Islam sendiri, missalnya permusuhan terhadap sesiapa, rebutan kuasa di kalangan ahli masjid itu sendiri, penggunaan masjid untuk mencari faedah selain daripada keredhaan Allah s.w. dan sebagai nya.

Antara keperluan lain ialah suasana yang tenang, iaitu yang diistilahkan sebagai waqar. Sepertimana kebersihan, ketenangan juga boleh dilihat dari dua perspektif, iaitu fizikal dan moral. Secara fizikal nya tentu sekali perlu ada perbezaan di antara suasana sebuah masjid dan sebuah pasar raya atau pasar malam. Sementara secara moral nya pula perlu ada semangat atau spirit yang tinggi di kalangan para petugas untuk melayan para jemaah sebagai tetamu Allah.

Masjid Sebagai Ptsat Perkembangan Masyarakat

Yang palin utama sekali dari perspektif ini ialah masjid perlu melambangkan perpaduan ummah bagi semua peringkat. Peranan ini telah dimainkan dengan jayanya oleh masjid al-haram apabila ka抌ah menjadi kiblat sembahyang bagi semua orang Islam dan ia sendiri mendai pusat tumpuan dalam ibadat haji.

Untuk itu masjid perlu terbuka kepada semua umat Islam, tak kira bangsa atau kaum. Berasaskan kepada dasar ini tidak berbangkit soal masjid Melayu, masjid India atau masjid Cina yang cuba ditimbulkan oleh sesetengah pihak sekarang. Hakikatnya, masjid itu untuk semua oramng Islam tak kira siapa.

Satu keperluan lain di bawah dasar ini ialah masjid perlu bebas daripada apa saja sifat dan aktiviti yang memecahkan perpaduan ummah. Antara contoh nya ialah perlu tidak ada unsur monopoli dalam pentadbiran atau usaha mengimarahkannya . Satu contoh lain ialah ia perlu bebas daripada politik kepartian. Begitu juuga ia perlu mempunyai pristasi keagamaan yang tinggi supaya dihotmati oleh semua orang Islam tak kira siapa.

Satu keperluan lain bagi mendokong peranan ini ialah masjid perlu mengambil daya usaha dalam proses pembinaan social kearah mencapai keredaan Allah. Berasaskan kepada keperluan ini lahir istilah memasyarakatkan masjid. Malah ada orang menyebut memasjidkan masyarakat. Apa pun juga istilah yang digunakan, tujuannya ialah supaya masjid berjaya memainkan peranan nya sebagai ejen Pembina masyarakat di samping ejen-ejen lain, seperti keluarga, sekolah, media massa dan sebagai nya.

Peranan khutbah boleh dijadikan sebagai contoh bagaimana masjid perlu meletakkan diri nya pada kedudukan yang berjaya dalam proses sosialasi berkenaan. Sepertimana disebut di atas tadi, peranan sebenar khutbah ialah menjadi media bagi kegunaan para pemimpin (Imam) menyampaikan arahan atau permasalahan semasa kepada komuniti masjid berkenaan. Sehubungan dengan ini pujian perlu diberi kepada beberapa contoh baru para pemimpin kerajaan dan masyarakat serta juga para professional yang berusaha melayakkan diri debagai khatib jemputan dalam tajuk-tajuk yang benar-benar berkaitan dengan kepakaran mereka.

Satu contoh lain bagi pelaksanaan peranan masjid dalam proses sosialisasi masyarakat ini ialah usaha menyediakan kemudahan pelajaran, sukan , rekriasi dan sebagai nya kepada generasi muda sebagai satu program serampang dua mata; bagi faedah anak-anak muda itu sendiri supaya lebih maju dan bagi faedah masjid juga supaya lebih menjadi pusat aktiviti.

Malah dalam keadaan yang tertentu masjid perlu berperanan menjadi pusat perlindungan bagi sesetengah kalangan yang sangat memerlukan. Bagi tujuan ini masjid perlu mempunyai asas kewangan yang kukuh.

Penutup

Sebagai penutup elok disarankan beberapa saranan berikut:

1. Pentadbiran masjid perlu dikuasai oleh gabongan mantap berbagai pihak dalam komuniti berkenaan.
2. Perlu diperkembangkan pengurusan secara professional bagi semua masjid, peringkat demi peringkat
3. Perlu mencari jalan yang paling baik dan berkesan bagi menegaskan kedudukan masjid sebagai zon bebas politik kepartian.

Wabillah al-Taufiq
Tuesday, December 1, 2009

HARGAI SUMBANGAN DAN KEKAYAAN SUMBER INTELEKTUAL ISLAM

0
Tindakan mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya, berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan umat Islam.

Katanya, perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah. "Islam sendiri membenarkan perbezaan pandangan atas perkara tertentu dan ia hendaklah dilakukan mengikut caranya. Jangan pula apabila berbeza itu kita mendabik dada mengatakan kita lebih baik dan mencemuh orang lain.

"Dalam bab hukum ini, jika hendak faham belajarlah usul fiqh," katanya pada seminar dakwah Memperkukuhkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah: Isu dan Cabaran Semasa anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kolej Dar al Hikmah, Sungai Ramal, Kajang, baru-baru ini. Beliau berkata, jika semua boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan dalam hal membabitkan amalan agama dengan hati terbuka, maka tidak timbul sikap perselisihan hingga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti berlaku hari ini.

Hashim berkata, dalam masalah cabang yang menjadi amalan umat Islam ada yang tidak mempunyai dalil khusus tetapi hujah berpandukan kepada dalil umum yang dikembangkan dan disusun dengan sempurna oleh ulama nusantara. Antaranya, amalan berwirid selepas solat yang dikatakan tidak dibolehkan kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya sedangkan Baginda menyuruhnya kerana amalan baik memang digalakkan.

Mengenai susunan zikir pula, Hashim berkata, ia adalah ijtihad ulama yang menyusunnya dengan tujuan memudahkan masyarakat umum yang mungkin tidak tahu apa hendak dibaca untuk meningkatkan amalan serta mendekatkan diri kepada Allah. Begitu juga katanya, dengan amalan lain yang dikatakan tidak dilakukan Rasulullah SAW tetapi ulama melihat akan kebaikannya untuk mengembalikan dan mendekatkan umat Islam kepada ajaran Islam. "Tidak ada dalil khusus tetapi ada dalil umum, jadi jangan terkeliru kerana ini akan merugikan umat Islam. Perlu faham kenapa ada galakan membaca Yasin yang menjadi amalan sejak dulu, kerana ketika Islam mula datang tidak ramai boleh membaca al-Quran.

"Jadi ulama kata, mari kita berkumpul dan baca ayat al-Quran iaitu surah Yasin. Jika dihalang, apa yang hendak dibaca jika yang dia tahu hanya surah Yasin. Sekurang-kurangnya ada ayat al-Quran yang dia boleh baca dan janganlah kata amalan itu bidaah," katanya. Beliau berkata, perbezaan pandangan berkaitan perkara cabang dalam amalan agama jika dijadikan bahan untuk diperbahaskan hingga kiamat tidak akan selesai dan sebaiknya tenaga itu sepatutnya ditumpukan ke arah membanteras kemungkaran yang lebih jelas.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Abdul Halim El-Muhammady, berkata gerakan aliran tidak bermazhab sudah bertapak di negara ini hampir satu abad tetapi tidak nampak sumbangan mereka dari sudut keilmuan dan pembangunan masyarakat. Katanya, disebabkan tiada hasil karya ilmu berwibawa dan muktabar daripada golongan aliran tidak bermazhab menyebabkan ia tidak dapat diterima dalam arus perdana sama ada pada peringkat pemerintah atau masyarakat.

"Aliran tidak bermazhab ini sebenarnya tidak mempunyai asas kuasa yang kuat dari sudut keilmuan atau tidak cukup wibawa ulamanya jika dibanding dengan ulama beraliran mazhab serta karya mereka. "Malah, aliran ini juga tidak berlaku dalam pengalaman negara Islam selepas penerimaan mazhab tertentu dalam masyarakat. Arab Saudi masih bermazhab Hambali, Turki dan Pakistan bermazhab Hanafi sementara Libya dan Tunisia bermazhab Maliki," katanya.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk 'Pengaruh Fiqh Mazhab Syafie Dalam Pemikiran Masyarakat Melayu di Malaysia dan Cabaran Masa Kini' menjelaskan cabaran berlaku terhadap mazhab Syafie melalui tiga gelombang. Gelombang pertama berlaku pada 20-an dan 30-an apabila golongan muda cuba mengemukakan idea baru yang berbeza dengan pegangan sedia ada oleh pelajar yang melanjutkan pengajian di Arab Saudi, Mesir dan India kerana terpengaruh pemikiran gerakan Islam di sana.

Usaha itu kemudian disambung gelombang kedua yang berlaku antara 1940-an dan 1960-an yang banyak menumpukan persoalan khilafiyyah lebih khusus hingga menimbulkan perpecahan di kalangan masyarakat awam tetapi ulama akhirnya sepakat bersetuju dengan pendirian ulama aliran mazhab Syafie. Gelombang ketiga berlaku dari 70-an hingga kini dipelopori golongan muda menyambung pemikiran dan pendekatan golongan muda sebelumnya yang mempertikai beberapa amalan dalam masyarakat diambil daripada ulama aliran mazhab Syafie.

"Golongan ini tidak mengikat diri mereka dengan mana-mana mazhab muktabar yang diiktiraf dunia Islam dan mazhab Syafie di negara ini. Mereka anggap mereka layak berijtihad mutlak seperti imam muktabar kerana mereka adalah manusia dan tiada bezanya. "Bagi orang yang mengkaji ilmu mengetahui ulama muktabar yang berijtihad lengkap dari segi ilmu asas syariah. Berijtihad tanpa ilmu yang lengkap dari sudut syariah, bahasa Arab dan kaedah usul fiqh boleh membawa kepada penyelewengan.

"Hal ini dapat dilihat bibitnya kebelakangan ini dengan kemunculan kelompok liberal yang tidak mahu terikat dengan kaedah epistemologi Islam dan kaedah usulnya memahami al-Quran dan sunnah hingga akhirnya membawa kecelaruan tafsiran sumber ajaran Islam," katanya. Abdul Halim berkata, golongan berkenaan hakikatnya sudah melanggar adab berdakwah kerana tidak menghargai sumbangan ulama aliran mazhab Syafie, malah memperkecil serta memperlekehkan sumbangan mereka dari sudut ilmu dan pembangunan masyarakat.

Katanya, golongan itu juga menganggap ulama aliran mazhab Syafie membawa ilmu yang menjadikan umat Islam tidak tepat memahami Islam dan tidak ada usaha ijtihad dalam ilmu mereka tetapi hanya mengikut mazhab membabi buta atau disebut bertaqlid buta.

INFO:

# Perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan umat Islam mempelajari lebih banyak perkara serta menghasilkan ketetapan memberi manfaat untuk kemajuan ummah.

# Amalan berwirid selepas solat yang dikatakan tidak dibolehkan kerana Rasulullah SAW tidak melakukannya sedangkan Baginda menyuruhnya kerana amalan baik memang digalakkan.

# Jika semua boleh berlapang dada dan menerima perbezaan pandangan dalam hal membabitkan amalan agama dengan hati terbuka, maka tidak timbul sikap perselisihan hingga boleh memecahbelahkan umat Islam seperti berlaku hari ini.

# Gelombang ketiga berlaku dari 1970-an hingga kini dipelopori golongan muda menyambung pemikiran dan pendekatan golongan muda sebelumnya yang mempertikai beberapa amalan dalam masyarakat diambil daripada ulama aliran mazhab Syafie.



Sumber dipetik : www.bharian.com.my
Delighted designed by ZENVERSE | TouchUp By SyahiranMuhd