
Sumbangan Derma Bagi Menyiapkan Bangunan Masjid

Kompleks Masjid Al Hikmah & Pusat Dakwah Islamiyyah menyeru kaum muslimin & muslimat menyahut seruan kami dengan memberi Lot Wakaf Tanah & Bangunan seluas SEJADAH atau LIANG KUBUR :
Anda boleh membuat pilihan berikut :
1. RM 150,00 = 1 kaki persegi
2. RM 100,00 = 2/3 kaki persegi
3. RM 50,00 = 1/3 kaki persegi
4. RM 25,00 = 1/4 kaki persegi
*Untuk Sebarang pertayaan sila hubungi :
-Ust. Wan Zainuddin Hj. Wan Yusuff
(Pengerusi Dana ) 012 988 2553
-Hj. Wan Hashim Wan Abdullah
(Bendahari) 013 996 0464
PERHATIAN :
Sumbangan ZAKAT dialu-alukan. Resit PELEPASAN CUKAI akan dikeluarkan, jika diperlukan.
AKTIVITI MASJID
Monday, December 14, 2009
KEUNGGULAN PERANAN MASJID DI SEPANJANG ZAMAN
Istilah "Masjid" berasal daripada perkataan arab "masjid" atau "masjad". Dari segi bahasa ia bererti tempat sujud. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunakan sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat. Kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat itu ialah sujud.Sujud bererti patuh dalam kategori nya yang tinggi sampai kepada tahap pengabdian. Kerana itulah "solat" disebut sebagai ibadat, iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada Allah. Maka nya masjid...
Tuesday, December 1, 2009
HARGAI SUMBANGAN DAN KEKAYAAN SUMBER INTELEKTUAL ISLAM
Tindakan mengehadkan sumber hukum hanya akan menyempitkan pandangan terhadap syiar Islam dan membantutkan penyuburan ilmu, sedangkan Islam menggalakkan umatnya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya, berkata sikap membataskan pandangan terhadap sumber hukum juga akan merugikan umat Islam.Katanya, perbezaan pandangan hasil daripada kajian serta penyelidikan kepada sumber hukum yang pelbagai membolehkan...
Saturday, November 14, 2009
ISU PENAHANAN DR. MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN

Insiden penahanan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin (Dr. MAZA) mantan Mufti Perlis di tengah malam 1 November 2009 lalu adalah satu tindakan yang dikesali. Cara beliau ditahan oleh pihak JAIS bersama sejumlah besar anggota keselamatan amatlah menjengkelkan. Ia jelas menimbulkan persepsi buruk bahawa agensi penguatkuasa agama kita kurang professional dan berhemah dalam bertindak ke atas seorang tokoh agama yang disegani. Lebih parah, sebahagian masyarakat...
Cabaran Membentuk Kesepakatan Bina Identiti Peradaban Malaysia.
Wujud banyak cabaran di dalam agenda membina peradaban Malaysia. Cabaran paling utama ialah membentuk satu kesepakatan pemikiran mengenai identiti peradaban itu sendiri. Perkara ini menjadi satu cabaran kerana beberapa faktor.Pertama kerana kepelbagaian latar kependudukan masyarakat Malaysia yang terbentuk oleh beberapa komposisi kaum. Seperti yang kita ketahui, ketika Malaysia di bawah pemerintahan penjajah Inggeris, latar kependudukan masyarakat berubah dan berkembang.Pembangunan ekonomi di Tanah Melayu pada waktu itu mendorong penghijrahan...
Thursday, November 12, 2009
Mendamba Keberkatan Menerusi Pengorbanan
Alhamdulillah – umat Islam di seluruh pelusuk dunia bakal mengumandangkan lagi kalimah-kalimah suci Tasbih dan Tahmid, mengagong dan mengesakan Allah swt. Apatah lagi kita selaku makhluk yang serba lemah dan sentiasa berhajat kepadanya.Bila disebut tentang Hari Raya Haji atau Korban, ingatan kita tentunya kepada peristiwa bersejarah iaitu Pengorbanan nabi Ibrahim as dan Ketaatan nabi Ismail as.Kesetiaan nabi Ibrahim terhadap perintah Allah menyembelihkan anakandanya Ismail as ini turut disertai malaikat Jibril dengan alunan takbir Allahu Akbar,...